Monday, 27 June 2016

Difteria - Igauan para ibu bapa



Assalammualaikum dan salam blogging semua,

     Hari ini saya hendak kongsi satu isu yang kerap diperkatakan sekarang. Ini berkenaan difteria. Sebelum melangkau lebih lanjut, saya akan menjelaskan apa itu difteria agar rakan-rakan di luar sana dapat gambaran yang lebih jelas mengenai difteria ini.

Difteria diambil dari bahasa greek iaitu Diptheria. Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Untuk pengetahuan semua, difteria adalah sejenis penyakit yang membawa maut.


Sejarah Difteria
  • Pada 1878, anak Ratu Victoria, Puteri Alice dan keluarganya dijangkiti olehnya menyebabkan dua kematian, Puteri Marie dan Puteri Alice sendiri.
  • Pada 1920-am terdapat sekitar 100,000 hingga 200,000 kes difteria setiap tahun di Amerika Syarikat, menyebabkan 13,000 hingga 15,000 kematian setiap tahun. Majoritinya adalah kanak-kanak.
  • Pada tahun 1925, penghantaran serum pelalian ke Nome bagi penghantaran antitoksin diphtheria kini diraikan sebagai "Perlumbaan Agung Ehsan ("Great Race of Mercy")".
  • Salah satu rawatan pertama yang berkesan bagi diphtheria dijumpai pada 1880-an oleh doktor U.S. Joseph O'Dwyer (1841–1898).
  • Pada tahun 1884 Friedrich Loeffler menjumpai organisma punca (Corynebacterium diphtheriae.)
  • Pada tahun 1890-an, doktor Jerman Emil von Behring membangunkan antitoksin yang tidak membunuh bakterium, tetapi meneuteralkan racun toksin yang dibebaskan oleh bakterium kedalam tubuh.
  • Vaksin berjaya pertama bagi difteria dibangunkan pada tahun 1913 oleh Behring. Namun, antibiotik untuk difteria belum dijumpai.
  • Ujian Schick, dicipta antara 1910 dan 1911, merupakan ujian bagi menentukan samaada seseorang lemah atau tidak kepada jangkitan difteria.
  • Vaksin dibangunkan dalam dekad berikut, dan kematian mula menurun dengan banyaknya pada tahun 1924.

Tanda dan simptom
  • Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari.
  • Lesu, demam, sakit kerongkong serdahana dan masaalah menelan ("Dysphagia").
  • Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. 
  • Dalam 10% kes pesakit mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu/bull neck."
  • Lesu, pucat, dan degupan jantung pantas ("Tachycardia").
  • Tekanan darah rendah mungkin berlaku
Pada tahun 1924, kadar kematian disebabkan penyakit difteria telah berkurang. Namun, kini ia menjadi igauan para ibu bapa apabila penyakit ini menular kembali dan sudah menyebabkan kematian. Baru-baru ini, di Melaka, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat penyakit ini. Seperti yang dinyatakan di atas, penyakit ini merupakan penyakit berjangkit. Oleh itu, kerajaan desak agar para ibu bapa memastikan anak mereka mengambil vaksin 5 serangkai.

    Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, vaksin untuk difteria termasuk dalam vaksin 5 serangkai DTaP-IPV//Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B. Menurutnya lagi, vaksin ini diberi seawal usia dua, tiga, lima dan 18 bulan.

     Vaksin tersebut merupakan satu-satunya cara mencegah penyakit difteria. Bersesuaian dengan ayat, "mencegah lebih baik daripada mengubati". Namun, apa yang dirisaukan oleh para ibu bapa adalah vaksin hanya disediakan/diutamakan pada bayi yang berusia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Bagaimana jika anak-anak mereka sudah melebihi 18 bulan?. Persoalan itu sering bermain di fikiran ibu bapa. Menurut artikel yang saya baca, vaksin ini seringkali kekurangan stok. Mungkin sebab itu, dihadkan umur kerana imunisasi bayi lebih rendah dari kanak-kanak biasa. 

       Walaupun begitu, ia tidak dapat mengurangkan kebimbangan apabila usia anaknya telah melebihi dari usia yang ditetapkan. Mungkin juga kanak-kanak yang lebih dari usia tersebut boleh mendapatkan vaksin. Ini cuma andaian saya sahaja. Setakat ini tiada kenyataan yang dikeluarkan. Para ibu bapa boleh bertanya sendiri kepada klinik-klinik kesihatan atau pakar-pakar. 

       Seandainya vaksin memang dituju khas buat kanak-kanak yang berusia dua, tiga, lima dan 18 bulan, pihak kesihatan perlu mencari solusi bagi kanak-kanak yang melebihi had umur. Malah, orang dewasa juga terdedah kepada penyakit ini. Walaupun peluangnya tipis, namun ia dapat memberi harapan kepada semua pihak untuk terus berjuang melawan penyakit ini.

       Akhir kata, musim perayaan bakal kunjung tiba. Jagalah diri dan pemakanan rakan-rakan. Bagi yang baru melahirkan anak, jagalah bayi anda. Cuba kurangkan bayi dipegang oleh orang lain. Imunisasi bayi sangat lemah. Oleh itu, peratusan untuk dijangkiti sangat tinggi. Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Assalammualaikum.
      




Sunday, 26 June 2016

Pesanan Skuad Penyelamat: Jangan halang laluan kenderaan penyelamat.

Assalammualaikum w.b.t semua... 
Sedar tak sedar kita dah pun berpuasa selama 22 hari dan tak sangka minggu depan kita akan menyambut hari kemenangan Umat Islam berpuasa selama sebulan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Bagaimana persiapan rakan-rakan semua?. Pasti ada yang sudah mengambil cuti untuk pulang ke kampung, beraya bersama insan tersayang. Namun, dalam kegembiraan, kita haruslah berhati-hati sewaktu pulang ke kampung. Ingatlah insan tersayang.Hari ini saya hendak sampaikan pesanan dari skuad penyelamat seperti bomba, pertahanan awam, polis, ambulance dan sebagainya.

Jangan Halang Laluan Kenderaan Penyelamat.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan meminta pemandu kenderaan yang pulang menyambut Aildilfitri nanti tidak menghalang laluan kenderaan penyelamat khususnya laluan kecemasan. Hal ini kerana bagi memudahkan pasukan penyelamat bertindak sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan dan kebakaran. 

    Menurut Pengarah JPBM Kelantan, Azmi Osman, lebih sejuta kenderaan dijangka masuk dan menyesakkan jalan raya menjelang sambutan Aidilfitri nanti. 

     "Saya terpaksa mengingatkan semua anak Kelantan dari perantauan yang pulang beraya nanti dan juga pemandu tempatan supaya tidak menghalang pergerakan kenderaan pasukan keselamatan untuk membantu mangsa," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Pasir Puteh. 

      Menurutnya beliau, kedegilan pemandu meletakkan kenderaan sesuka hati boleh mengundang padah kerana ia akan menyebabkan pasukan penyelamat lewat dalam menyelamatkan mangsa lebih-lebih lagi yang boleh menyebabkan kematian. Beliau meminta agar semua memberi kerjasama kepada pasukan-pasukan penyelamat bukan sahaja bomba, malah pasukan penyelamat yang lain agar memberi laluan dan tidak menggunakan laluan kecemasan.

sumber: http://www.bharian.com.my/node/168734


        Pesalah trafik seperti ini boleh dikenakan dendan atau saman di bawah Road Traffic Rules 1957 (LN 166/59 Rules 9). Di sebabkan saya sudah sentuh berkenaan dengan saman. Mari kita kaji lebih terperinci mengenai saman yang dikeluarkan oleh trafik Polis Diraja Malaysia.

Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM:

1. Notis Saman POL. 170A
Saman yang di-isu samada secara pos atau diletak pada kenderaan (tiada diisu secara langsung kepada pesalah)
      
POL 170A - notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.

1.1 Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-

1.1.1    Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas -Sek. 79 (2) APJ 1987
1.1.2    Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya - Sek.16(1) LN 166/59
1.1.3    Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan - Sek. 16(2) LN 166/59
1.1.4    Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan-Sek. 16(2) LN 166/59
1.1.5    Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan aliran trafik di jalan sehala. - Sek. 16(3) LN 166/59
1.1.6    Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang atau selekoh jalan. - Sek.12 (2) LN 166/59
1.1.7    Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(2) LN 166/59
1.1.8    Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(3) LN 166/59
1.1.9    Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, satu garisan bersambung dan satu garisan putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
1.1.10  Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan, satu bersambung dan satu putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
1.1.11  Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut undang-undang/tidak mudah dicam/tidak disuarkan mengikut peruntukkan undang-undang. - Sek. 14(4) APJ 1987
1.1.12  Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. Sek. 20(1) APJ 1987
1.1.13  Salinan pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan atau ditempat duduk bagi motosikal.

2. Saman POL. 257
Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.

Apakah Itu Saman POL. 257
2.1    POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-

2.1.1    Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna jalanraya yang ada bersama-sama pada masa kesalahan itu dilakukan
2.1.2    Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.
2.1.3    Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari pengeluaran Notis POL.170A/170/171


Oleh itu, marilah sama-sama menjadi rakyat yang bertanggungjawab. Pesanan ringkas dari saya untuk semua dan untuk saya sendiri, berhati-hatilah di jalan raya. Memandu dengan cermat. Biar lambat asalkan selamat. Jika mengantuk, singgahlah di tempat persinggahan atau stesen minyak yang berdekatan. Jika tiada, berhentilah seketika dan teruskan perjalanan jika sudah kembali segar.

Itu sahaja pengisian saya pada kali ini. Nanti saya kupas lagi isu-isu semasa yang ada di dalam dan luar negara. Assalammualaikum.

Thursday, 23 June 2016

Pray for Masjidil Aqsa, Pray for Palestin

Assalammualaikum w.b.t dan salam blogging,

      Semalam saya sedang sibuk menolong ibu saya untuk juadah berbuka sambil mendengar radio saluran IKIM fm. Tiba-tiba saya terdengar sesuatu yang menarik perhatian saya. 

PEMUDA PALESTIN DI LARANG SOLAT/MASUK KE MASJIDIL AQSA OLEH ISRAEL.

Apa yang menghairankan adalah, bagi pelancong luar termasuklah yang beragama Islam, tiada had umur untuk solat di masjid itu. Tetapi, mengapa diletakkan had umur bagi penduduk Palestin? Oleh itu, untuk sahkan lagi berita ini, saya cuba google dan setakat ini ternyata berita ini benar. (Rujukan: http://www.mirajnews.com/id/israel-larang-muslim-di-bawah-usia-50-tahun-shalat-jumat-di-alaqsa/53281)

     Mungkin ini sesuatu yang sudah lama didengari. Malahan berita ini sememangnya terkenal. Namun apa yang mengejutkan adalah penetapan had umur tersebut. Pemuda Palestin bawah 50 tahun tidak dibenarkan solat dalam masjid suci itu. Malah diperketatkan kawalan di sekeliling masjid tersebut bagi memastikan tiada pemuda Palestin yang berjaya memasuki Masjidil Aqsa. 

      Semua berjantina lelaki dan beragama Islam yang sudah baligh, WAJIB menunaikan solat Jumaat. Jika di Malaysia, kita mempunyai banyak masjid yang cantik dan selesa. Namun, bagi pemuda Palestin mereka hanya mampu solat di jalanraya berdekatan dengan Masjidil Aqsa. Kadangkala terpaksa solat di jalan yang basah. Di mana hak mereka sebagai seorang Muslim yang ingin menjalankan kewajipan mereka?. 

Perebutan antara Israel dan Islam sudah lama berlaku. Hal ini kerana, seperti yang kita tahu, Palestin terdapat Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama sebelum Kaabah. Umat Islam tidak mahu Masjidil Aqsa jatuh ke tangan Israel. Manakala Israel pula mengatakan di situ terdapatnya Kuil Zaman Kuno Terkemuka Yahudi iaitu Temple Kuil. Oleh itu, mereka ingin kembali kuil tersebut. Namun apa hak mereka untuk melarang Umat Islam solat? Pada pendapat saya, penetapan had umur dan larangan solat dalam masjid yang sudah terang lagi bersuluh kepunyaan Umat Islam, Rumah Allah, adalah tidak wajar. Seandainya mereka ingin kembali kuil tersebut, mereka masih tidak mempunyai hak melarang seseorang itu beribadah. 

      Mari sama-sama doakan agar Masjidil Aqsa bebas dari kawalan Israel. Seperti Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi, Masjidil Aqsa juga salah satu masjid yang membawa seribu kisah mengenai para Rasul, Nabi dan pahlawan-pahlawan Islam. Masjidil Aqsa juga kiblat pertama Umat Islam. Sesungguhnya kita hanya mampu berdoa dan berusaha, Allah jugalah yang menentukannya. Pray for Masjidil Aqsa, Pray for Palestin.   


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Assalammualaikum w.b.t dan salam blogging semua,

      Hari ini saya hendak berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana berkenaan satu badan kerajaan yang ditubuh khas untuk hak asasi manusia. Badan itu adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Pasti rakan-rakan diluar sana tidak pernah mendengar badan ini atau kurang mengetahui tentang fungsi badan ini. SUHAKAM ditubuhkan di Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM telah diadakan pada 24 April 2000.

Di bawah Akta 597 terdapat lima bahagian yang diutarakan, iaitu:
  1. Permulaan (Ringkasan dan permulaan kuat kuasa)
  2. Penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (antara isinya adalah fungsi dan kuasa suruhanjaya)
  3.  Kuasa siasatan suruhanjaya
  4. Kakitangan suruhanjaya
  5. Am

Seksyen 2 Akta ini mentakrifkan "hak asasi manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan".

Fungsi SUHAKAM adalah seperti berikut:
  • Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubungan dengan hak asasi manusia;
  • Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan prosedur dan mengesyorkan langkah-langkah yang hendak diambil;
  • Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
  • Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Tambahan pula, seksyen 4 (4) Akta memperuntukkan bahawa perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR) setakat yang tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna bahawa apa sahaja hak-hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan

Fungsi kita sudah tahu, tetapi bagaimana pula kuasa SUHAKAM??

Akta ini memperuntukkan kuasa SUHAKAM untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan. Di bawah seksyen 4 (2), Suruhanjaya diberi kuasa untuk melakukan perkara berikut:

  • Untuk menjalankan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
  • Untuk menasihati pihak berkuasa Kerajaan dan / atau yang berkaitan mengenai aduan terhadap mereka dan mencadangkan langkah-langkah sesuai yang hendak diambil;
  • Untuk mengkaji dan mengesahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia;
  • Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
  • Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak-hak asasi manusia apabila perlu
  • Untuk menjalankan aktiviti yang sesuai yang perlu.

Untuk lebih jelas, bidang kerja yang dilakukan SUHAKAM adalah : 
  1. Hak Untuk Kesihatan di Penjara
  2. Kematian Dalam Tahanan Polis
  3. Orang Asli
  4. Orang Kurang Upaya
  5. Warga Emas
  6. Perniagaan dan Hak Asasi Manusia 
  7. Penyeludupan Manusia
  8. Pendidikan
Apabila saya melihat salah satu skop kerja yang dilakukan adalah berkenaan perniagaan dan hak asasi manusia, ingin saya sentuhkan satu perkara. Apabila kita kata hak kita sebagai pemegang kepentingan atau secara khususnya "PELANGGAN", yang terlintas di fikiran adalah hak mendapatkan harga yang berpatutan dengan kualiti yang baik. Tetapi!!! Sebagai pelanggan juga kita mempunyai hak untuk memastikan syarikat-syarikat pengeluaran produk dan perkhidmatan menjalankan aktiviti yang "Eco-Green". Hal ini adalah kerana ia merupakan keberlangsungan bumi dan generasi akan datang.

       Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa syarikat-syarikat perkilangan ini sudah mula menjalankan aktiviti atau mencari solusi untuk memastikan produk keluaran mereka tidak mencemarkan alam sekitar. Sebagai contoh, Nike menggunakan botol plastik untuk mengeluarkan produk jersey mereka. Seperti yang kita sedia maklum, barangan berasaskan plastik adalah yang paling sukar untuk dilupuskan. Hanya kitar semula yang dapat mengurangkan pelupusan plastik. Selain itu, Tetrapack diproses untuk dijadikan bumbung. Aktiviti sebegini banyak membantu kepada kehijauan alam sekitar. 

Back to the topic, pada pendapat saya, SUHAKAM hanyalah satu badan. Namun seandainya rakyat sendiri tidak mempraktikkan Hak Asasi Manusia itu sendiri, dan bertindak melakukan pelanggaran terhadap sehingga menyukarkan kehidupan orang lain, individu tersebut seharusnya didenda. Di negara yang mempunyai undang-undang, kita tidak boleh bertindak sesuka hati. Oleh itu, inilah fungsi SUHAKAM. Bersesuaian dengan visi dan misinya:

Visi
masyarakat di mana hak asasi manusia dihormati sepenuhnya dan dinikmati bersama oleh semua

Misi
Berusaha sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan untuk menggalakkan, melindungi dan memenuhi hak-hak asasi manusia untuk semua di Malaysia atas dasar kesaksamaan dan bukan diskriminasi, melalui:

i. Tindakan, pendidikan, pekerjaan dan pemberdayaan masyarakat
ii. Promosi pemahaman hak asasi manusia
iii. Integrasi hak asasi manusia ke dalam semua aspek kehidupan

Saturday, 11 June 2016

The Medina Charter

First of all, Assalammualaikum w.b.t and happy blogging!!!

Today I will tell you about Medina Charter or in Malay, we call as "Piagam Madinah". What is Medina?. Actually, that is wrong question. The correct question is "Where is Medina?". Medina or Madinah Al-Munawwarah is a city in the Hejaz, and the Capital of the Al-Madinah Region of Saudi Arabia. This city contains Masjid An-Nabawi , which is the burial place  of the Islamic Prophet Muhammad (Nabi Muhammad S.A.W) and the second -holiest city in Islam after Mecca.

      Now, what is Medina Charter?? Written and promulgated by Prophet Muhammad for the multi-religious ten thousand-strong citizens of the city-state of Medina in 622. The Charter of Medina is the first written constitution.  It was promulgated for a plural society, giving equal rights to every citizen as well as giving them a say in governmental matters. The Charter consists of 47 clauses, but due to different numbering, Prof. Hamidullah counts it to be 52 (FN5).  

Among the main points covered in the Medina Charter is:
  • 23 clause of the charter talks about the relationship between Islam among Muslims, between Ansar and the Emigrants.
  • 24 clauses left to talk about the relationship of Muslims with non-Muslims, namely the Jews

There are three steps taken by Rasulullah S.A.W on a charter Medina:

The first step 
Performed by the Prophet to build a mosque as a Muslim place of worship and place of the Prophet convey the teachings of Islam and the Prophet public administration.

The second step 
Tying the brotherhood between the Ansar and the Emigrants, to create understanding and to help the immigrants start a new life with the help of the Ansar.

The third step 
Covenant with the Jewish people so that together maintain Medina from external threats.

Among the aims of the Charter of Medina is:
  • Facing a pluralistic society Madinah
  • Establish rules that complied with all the people.
  • Wants to unite the various communities
  • Creating peace and took away enmity
  • Making peace in Medina
  • Define the rights and obligations of the Prophet Muhammad and the locals.
To make it clear, like usual, I will share with you one video. Hope you like it!!! :)


That's all for today...I will share with you if I found something interesting regarding human rights.
See you!! Assalammualaikum w.b.t

 

Sunday, 22 May 2016

PESANAN BUAT IBU MENGANDUNG

Assalammualaikum semua,

Entry kali ini adalah untuk peringatan kepada ibu-ibu mengandung di luar sana. Apa pown sebelum memulakan peringatan, saya nak ucapkan tahniah buat mereka. Pasti ini merupakan saat-saat paling gembira buat mereka.

    Hati saya tergerak nak baca BHonline. Saya perasan satu artikel mungkin berguna buat mereka yang tengah mengandung. Saya pasti ada yang telah membacanya memandangkan berita ini dikeluarkan pada 11 May 2016. Ia berkenaan asid folik yang diambil oleh semua ibu-ibu mengandung.

Bagi yang belum berumahtangga, pasti kurang mengetahui berkenaan dengan ASID FOLIK. Saya akan terangkan serba sedikit mengenainya.

1. Apakah asid folik?
    Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis serta ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

          Mengikut artikel babycenter (www.babycenter.com.my), asid folik melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan sistem sarafnya seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melindungi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Hal ini boleh menyebabkan kecacatan kekal.

Namun!!! Artikel 11 May 2016 menyatakan perkara yang sangat mengejutkan. Ia adalah berkenaan ini:

Terlebih Asid Folik Tingkatkan Risiko Autisme

MIAMI: Wanita mengandung disaran supaya mengambil suplemen vitamin dengan asid folik untuk mencegah kecacatan kelahiran namun kajian baharu, hari ini mencadangkan terlalu banyak asid itu meningkatkan risiko autisme.

Penemuan itu dibentangkan dalam satu persidangan di Baltimore, Maryland dan masih belum diterbitkan atau diteliti pakar lain, justeru penyelidik di Fakulti Kesihatan Awam John Hopkins Bloomberg mengingatkan hasil kajian itu ditafsirkan secara berhati-hati.

"Ini mungkin kes mengambil terlalu banyak suplemen," kata penulis utama, Ramkripa Raghavan, seorang penyelidik di fakulti itu.

"Kita maklumkan wanita patut ambil asid folik awal ketika mengandung. Sekarang kita perlu menentukan sama ada perlu menetapkan cadangan dos optimum suplemen ini sepanjang mengandung." AFP


                                             Hanya Gambar Hiasan.

Apa yang ingin saya sampaikan berdasarkan BHonline. Yang paling penting adalah, makanlah asid folik mengikut sukatan yang ditentukan oleh pakar. Sesungguhnya mereka lebih arif mengenai ini.

Apapun bagi para ibu-ibu yang bakal melahirkan anak, tahniah diucapkan. Sayangilah anak anda dan berilah didikan yang baik. Luangkanlah masa bersama mereka agar mereka tidak rasa tersisih. Sekian sahaja entry saya kali ini. Lain kali saya akan kupaskan cerita yang lebih menarik lagi.

Sekian, wasalam.


Sunday, 8 May 2016

M.O.T.H.E.R

Mother? Ibu? Emak? Mama?...whatever...apa pun panggilannya, yang pasti mereka adalah insan yang sanggup bersabar mengandung, melahirkan dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang.

Sebelum berbicara lanjut, Assalammualaikum w.b.t pembuka bicara pada hari ini.




Rakan-rakan di luar sana sambut tak hari ibu? Hari Ibu merupakan hari kita memperingati jasa ibu kita. Bukanlah bermaksud kita tidak menghargainya pada hari lain, TETAPI...dengan adanya Hari Ibu, ia akan membantu mengingatkan kita bahawa ibu senantiasa berada di sisi kita tatkala susah dan senang. Hari-hari kita sentiasa sibuk mencari nafkah bagi membolehkan keluarga kita cukup makan dan pakai. Oleh itu, hari ibu inilah kita patut luangkan masa bersama mereka.

        Hari Ibu boleh disambut dengan pelbagai cara. Tidak semestinya dengan hadiah. Bagi ibunya sudah kembali ke Rahmatullah, sedekahkan yasin dan Al-fatihah buat beliau. Bagi yang beragama lain, pasti ada doa mereka sendiri. Bayangkan betapa susahnya ibu kita mengandungkan kita selama 9 bulan. Dilahirkan dan "ditatang bagai minyak yang penuh" sehingga ada yang sekarang ini sudah berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan.

Walaupun begitu, pada zaman yang serba moden dan canggih ini, makin banyak pula cerita "Si Tanggang". Hendak tahu lebih lanjut?. Lihat gambar di bawah.

Pasti ramai yang tahu cerita Si Tanggang yang menderhaka pada ibunya setelah berkawan dengan puteri Sultan. Si Tanggang tidak mahu mengaku Deruma adalah ibunya kerana ibunya miskin dan berpakaian lusuh. Tak cukupkah akibat perbuatan Si Tanggang itu untuk kita pelajari? Kenapa mesti ada Si Tanggang kedua?Ketiga?. Tahun ini Hari Ibu jatuh pada 8 MEI 2016. Luangkan masa bersama mereka sudah membuat mereka gembira. 

Ha...Kalau tidak ada video, tidak sah...Saya buat sendiri tapi tidaklah sebagus mana...Cukup untuk peringatan kepada mereka di luar sana dan saya sendiri juga.

BUAT HAJAH KAMAYAH BINTI SAMAD,
SELAMAT HARI IBU!!!
TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN DAN MENJAGA ANAKMU YANG NAKAL INI!!
SAYANG EMAK!!!
SELAMAT HARI IBU BUAT ALONG, KAK NGAH DAN ALANG JUGA!!!


-ditatang bagai minyak yang penuh = anak yang sangat dikasihi dan dijaga dengan sempurna

Sekian,

Jumpa lagi.


Sunday, 3 April 2016

Rupanya ada "Anomie" disekelilingku... ;(

Assalammualaikum w.b.t rakan-rakan.

Dalam entry kali ini, saya nak sentuh sedikit pasal "ANOMIE". Kalau salah, minta betulkan okayh??.
Anomie adalah istilah yang diperkenalkan oleh Emile Durkheim. Kata ini berasal dari perkataan Yunani iaitu "a" yang membawa maksud "tanpa" dan "nomos" yang membawa maksud "hukum" atau "peraturan". Oleh itu, maksud sebenarnya ialah ketidakstabilan sosial yang terhasil daripada pecahan standard dan nilai juga membawa maksud pergolakan peribadi, pengasingan dan ketidaktentuan yang datang dari kekurangan tujuan atau cita-cita. (Rujukan: http://www.merriam-webster.com/dictionary/anomie)

       Emile Durkheim merupakan salah satu pencetus sosiologi moden. Beliau lahir pada 15 April 1858 dan meninggalkan dunia pada 15 November 1917. Beliau dilahirkan di Epinal, Perancis. Beliau memperkenalkan konsep anomie dalam bukunya "The Division of Labor in Society" yang diterbitkan pada 1893.

Anomie sering kali dikaitkan dengan Anarkhi. Anomie seperti yang dinyatakan di atas kekacauan sosial  sedangkan Anarkhi adalah merujuk kepada "tiada penguasa", "hierarki" dan "komando". Dua perkara ini tiada kaitan antara satu sama lain.



Video di atas adalah contoh Anomie.

Diselitkan juga gambar-gambar yang boleh menjadi panduan kepada rakan-rakan diluar sana untuk memahami apa itu A.N.O.M.I.E







EKONOMI






PENGARUH SEKELILING




MASYARAKAT


Wednesday, 30 March 2016

WHAT A WONDERFUL WORLD???FAHAMI MAKNANYA!!!






I see trees of green...red roses too
I see them bloom...for me and you
And I think to myself...what a wonderful world.

I see skies of blue...and clouds of white
The bright blessed day...the dark say good night
And I think to myself...what a wonderful world. 

The colors of the rainbow...so pretty in the sky
Are also on the faces...of people going by
I see friends shaking hands...sayin' "how do you do?"
They're really sayin' "I love you"

I hear babies cryin'...I watch them grow
They'll learn much more...than I'll ever know
And I think to myself...what a wonderful world.
Yes I think to myself...what a wonderful world.


Assalammualaikum w.b.t pembuka kata...

Mungkin rakan-rakan tertanya-tanya...apa kaitan lagu ini dengan hak manusia??? Cuba rakan-rakan tengok video itu sampai habis. Apa makna "WONDERFUL WORLD" pada zaman sekarang?

Berita hari ini, (27 March 2016)
1. Serangan Brussels: Bangunan " Lapangan Terbang" stabil
    http://www.bharian.com.my/node/137740

2. Tentera Syria tawan semula 3 penempatan
     http://www.bharian.com.my/node/137778

3. Korea Utara serang Washington dalam video, ancam Seoul
    http://www.bharian.com.my/node/137759

Semuanya berkenaan dengan PEPERANGAN... Jadi dimana terletaknya "WONDERFUL WORLD" seperti yang diperkatakan dalam lagu ini? Bukan niat saya mengkritik lagu ini...apa yang ingin saya sampaikan peperangan bukanlah satu jalan yang baik bagi menyelesaikan masalah.

Saya ingin imbas kembali peperangan di Palestin. Terutamanya di Gaza.

     Konflik Israel-Arab sudah lama berlaku. Antara peperangan terbesar antara Arab dan Israel adalah Israel-Palestin, Israel-Gaza dan sebagainya. Jika dilihat dari sudut amnya, konflik ini berlaku adalah dasar perebutan kawasan tanah yang sama.

Pelbagai cara telah digunakan bagi menyelesaikan pertikaian ini, namun masih tidak menemui jalan penyelesaian, Konflik ini boleh dikatakan tercetus atas sebab-sebab berikut:

1. Status wilayah Israel, petempatan dan keselamatan Israel.
2. Pembahagian sumber alam.
3. Kawasan Palestin dan rumah penduduk Palestin dicerobohi.

 Berikut adalah kronologi peperangan di Gaza:

  • Pada 8 Julai 2014, Pasukan Pertahanan Israel melancarkan " Operasi Perlindungan Sempadan" di Genting Gaza.
  • 7 minggu serangan udara Israel dan serangan balas roket Hamas menyebabkan lebih 2100 rakyat Palestin terbunuh dan rata-ratanya adalah penduduk awam.
  • Serangan 7 operasi bertindak untuk menghentikan serangan udara Gaza ke Israel. 
  • Pada 17 Julai, operasi itu diperluaskan kepada serangan darat dengan tujuan memusnahkan sistem terowong Gaza.
  • Sehingga 26 Ogos, IDF menganggarkan 4500 roket dan mortar dari Gaza, 20 000 tan letupan dijatuhkan di Gaza, dan 34 terowong di Gaza telah dimusnahkan.
  • 26 Ogos, gencatan senjata tanpa penghujung diumumkan.
Akibatnya??? Impak terbesar adalah penduduk Gaza.

  • 2000-2143 orang terkorban (495-578 orang terdiri daripada kanak-kanak)
  • 10 895-11 100 orang cedera.
  • 520 000 orang hilang tempat tinggal
  • 485 000 orang memerlukan bantuan makanan segera.
  • 273 000 orang berlindung di 90 buah sekolah
  • 17 200 rumah musnah dan mengalami kerosakan teruk
  • 37 650 rumah mengalami kerosakan tetapi masih boleh didiami.
Adakah ini yang kita mahukan? Peperangan orang dewasa tetapi kanak-kanak yang terkorban. Dimana hak mereka sebagai kanak-kanak? Di saat kanak-kanak negara lain memegang permainan perang, tetapi kanak-kanak dinegara ini memegang senjata yang sebenar. Melindungi diri dan orang tersayang. Bandingkan diri kita dengan mereka. Jiwa mereka kental dan itu membolehkan mereka melindungi negara mereka. Tetapi kita, leka dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti dadah, perhimpunan haram dan sebagainya. 

   Kita tidak pernah menghadapinya sebab itu perpaduan sukar dicapai berbanding dengan mereka yang sudah mengalaminya. Mereka menghargai setiap saat yang mereka ada.

HENTIKAN PEPERANGAN, INGATLAH ORANG TERSAYANG!!! MARI PASTIKAN "WONDERFUL WORLD" BENAR-BENAR BERLAKU!!!








Thursday, 17 March 2016

Elak sekularisma, tegakkan agama...

Hari ini saya hendak bercerita tentang S.E.K.U.L.A.R.I.S.M.A. Apa sekularisma? Penting ke untuk mengetahuinya. Ha..nak tahu penting atau tidak, mari kita kaji bersama.












     Menurut Kamus Dewan Melayu Sekular ialah berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaanSekularisme pula bermaksud fahaman (doktrin, pendirian, dan sebagainya) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusiaSecular adalah berasal daripada kata Latin saeculum yang membawa makna yang menunjukkan kepada masa dan tempat. Masa atau zaman yang dimaksudkan adalah merujuk kepada masa sekarang atau masa kini. Manakala tempat pula merujuk kepada dunia atau yang bersifat keduniaan. (Shopuan Anuar Ahmad 2003:77). Kesimpulannya MASYARAKAT SEKULAR = MASYARAKAT ATHEIS

    Tapikan rakan-rakan, kenapa dikatakan menerima sekularisma ibarat menolak ajaran agama??? Ini jawapan kepada persoalan itu.
  1. Mereka mengatakan Sains adalah panduan hidup manusia. Sedangkan setiap agama mempunyai panduan hidup sendiri. Sebagai contoh, agama Islam. Segala perbuatan dan perkataan perlu dirujuk Al-Quran yang merupakan panduan hidup utama umat Islam. Begitu juga Hadith Nabi Muhammad S.A.W. Agama lain turut mempunyai kitab mereka sendiri seperti Kristian-Bible, Hindu-Veda dan sebagainya. 
  2. Mereka mengatakan cara memperbaiki kehidupan adalah dengan cara kebendaan. Mereka adalah golongan atheis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Secara  tidak langsung mereka tidak percaya pada qada dan qadar yang Allah tetapkan. Kalau umat Islam memperbaiki cara hidup mereka dengan doa dan usaha, tapi mereka sebaliknya. Oleh itu, wujud batasan kelas dan kasta.
  3. Matlamat menghalalkan segala cara. Alangkan niat tidak menghalalkan sebarang cara, bagaimana matlamat boleh menghalalkan segala cara?. Setiap negara mempunyai undang-undang  dan setiap agama mempunyai hukum sendiri. Bagaimana dengan hanya mencipta matlamat boleh menghalalkan segala cara?. Jika perkara yang dilakukan adalah salah sama ada disisi undang-undang mahupun agama, ia tetap salah. Tiada apa yang boleh menghalalkan ia.
Apa tujuan sekularisme?? Semuanya hanya tertumpu kepada satu tujuan iaitu K.E.B.E.N.D.A.A.N. Mementingkan duniawi dari dunia selepas mati. Ini tujuannya secara terperinci.
  1. Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat Manusia.
  2. Hanya memperjuangkan kebendaan sahaja yang memberikan kehidupan yang sempurna
  3. Kebebasan diri dari terikat dengan apa-apa agama dan prinsip amat diperlukan dalam keharmonian masyarakat.




Indah cantik si rama-rama,
Memuji ciptaan yang Maha Esa,
Elak sekularisma, tegakkan agama,
Barulah hidup aman sentosa.

Wednesday, 9 March 2016

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

DERITA ANAK HILANG DITAMBAH TOHMAHAN
Dungun: “Saya tidak boleh menerima kenyataan sesetengah pihak yang
mendakwa anak saya bukan hilang tapi sengaja melarikan diri daripada
keluarga,” kata Wan Zainuddin Wan Isa,56, bapa kepada Wan Syazlin,
19, yang dilaporkan hilang sejak 5 Februari lalu.

Menurutnya, dia yakin anak keempat daripada tujuh beradik itu tidak akan
melarikan diri daripada keluarga dengan sengaja seperti dakwaan sesetengah
pihak.

“Saya lebih mengenali anak saya dan dia tidak akan menghilangkan diri tanpa
sengaja.

“Saya merayu kepada mana-mana pihak atau individu yang ada menemuinya
 atau mengetahui lokasi dia berada supaya dapat menghubungi kami sekeluarga.

“Sehingga kini pelbagai usaha sudah saya lakukan antaranya solat hajat dan
bacaYasin supaya anak pulang, namun semuanya usaha itu masih menemui
kegagalan,”katanya.

Wan Syazlin yang menuntut di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) di
Kuantan,Pahang sepatutnya pulang bercuti sempena cuti panjang Tahun Baru Cina pada 7 Februari lalu, selepas pihak pengurusan kolej memberikan cuti 10 hari kepada semua pelajar sempena perayaan itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta supaya dapat menghubungi saya di talian 013-9337670,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2016 @ 7:13 AM


 

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/121125#sthash.Sjz96HUE.dpuf



Melihat artikel ini, tergerak hati saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan diluar sana. Ini yang dinamakan "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".


  Hanya kerana kes sebegini pernah terjadi dahulu, mengapa kita perlu menganggap orang lain sebegitu? Kita sebagai manusia yang mempunyai perasaan perlu sama-sama ikhtiar membantu mereka yang memerlukan bantuan bukan hanya pandai mengkritik. 

Wan Syazlin binti Wan Zainudin dilaporkan hilang pada 7 Februari lalu. Sehingga kini, pelajar POLISAS yang berusia 19 tahun ini masih belum ditemui. Walaupun kita tidak mengetahui kisah di sebalik kehilangan pelajar ini, kita sebagai manusia lebih-lebih lagi di negara yang sama perlu memberi kerjasama seandainya menemui pelajar ini.

Hairan juga apabila sesetengah orang yang takut memberi kerjasama kerana takut disoal bermacam perkara oleh polis. PDRM hanya menjalankan tugas mereka bagi memudahkan kerja mereka mencari pelajar tersebut. 

Bayangkanlah ia berlaku pada orang kita kenali dan orang di luar sana turut mengkritik seperti ini. Pasti hati kita sakit, bukan?. Oleh itu, jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia. Tolong-menolongkan amalan mulia. 
Ibnu Katsir pernah berkata dalam menafsirkan ayat (bermaksud):

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah:  2)

Mari sama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan kita. Hari ini kita tolong mereka. Esok lusa, pasti akan ada yang menolong kita. Nasihat bukan untuk rakan-rakan sahaja malah untuk diri saya juga.

Cantik, hodoh, miskin dan kaya,
Di dalam kubur tidak dibawa,
Tolong menolong itu amalan mulia,
Disayangi Tuhan, Disayangi semua.

Monday, 7 March 2016

Hak Asasi Manusia??

Sedarkah saudara-saudari, sebagai manusia saudara-saudari diluar sana mempunyai hak masing-masing? Apakah yang dimaksudkan dengan hak asasi manusia?

Mari kita kaji!!!

Di bawah ini akan dijelaskan pengertian hak asasi manusia dari beberapa ahli akademik, iaitu:


Haar Tilar - Hak Asasi Manusia (HAM) ialah hak-hak yang melekat pada diri setiap insan dan tanpa memiliki hak-hak itu maka setiap insan yang tidak memiliki hak-hak tersebut akan sukar. Hak tersebut telah menjadi milik mereka sejak lahir ke dunia lagi.


John Locke - Menjelaskan bahawa HAM ialah hak-hak yang dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia. Oleh itu, tidak ada kekuatan yang mampu menghalang seseorang itu dari haknya. HAM ini bersifat 'fundamental' atau mendasar bagi kehidupan manusia.


A.J.M Milne - HAM adalah hak yang dimiliki oleh semua umat manusia tidak kira masa atau tempat kerana kewujudannya sebagai manusia.


Berdasarkan pengertian-pengertian di atas, jelas terbukti hak manusia wujud sewaktu kita lahir di muka bumi ini. Tiada siapa boleh pisahkan manusia dari haknya. Ada pelbagai jenis hak yang mungkin tidak diketahui malah tidak disedari saudara-saudari. Jika saudara-saudari ingin mengetahui hak-hak tersebut, perlu tunggu arktikel yang akan datang.


Salam Ukhwah dari Saya, Atul Muhamad,