Assalammualaikum w.b.t semua...
Sedar tak sedar kita dah pun berpuasa selama 22 hari dan tak sangka minggu depan kita akan menyambut hari kemenangan Umat Islam berpuasa selama sebulan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Bagaimana persiapan rakan-rakan semua?. Pasti ada yang sudah mengambil cuti untuk pulang ke kampung, beraya bersama insan tersayang. Namun, dalam kegembiraan, kita haruslah berhati-hati sewaktu pulang ke kampung. Ingatlah insan tersayang.Hari ini saya hendak sampaikan pesanan dari skuad penyelamat seperti bomba, pertahanan awam, polis, ambulance dan sebagainya.
Jangan Halang Laluan Kenderaan Penyelamat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan meminta pemandu kenderaan yang pulang menyambut Aildilfitri nanti tidak menghalang laluan kenderaan penyelamat khususnya laluan kecemasan. Hal ini kerana bagi memudahkan pasukan penyelamat bertindak sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan dan kebakaran.
Menurut Pengarah JPBM Kelantan, Azmi Osman, lebih sejuta kenderaan dijangka masuk dan menyesakkan jalan raya menjelang sambutan Aidilfitri nanti.
"Saya terpaksa mengingatkan semua anak Kelantan dari perantauan yang pulang beraya nanti dan juga pemandu tempatan supaya tidak menghalang pergerakan kenderaan pasukan keselamatan untuk membantu mangsa," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Pasir Puteh.
Menurutnya beliau, kedegilan pemandu meletakkan kenderaan sesuka hati boleh mengundang padah kerana ia akan menyebabkan pasukan penyelamat lewat dalam menyelamatkan mangsa lebih-lebih lagi yang boleh menyebabkan kematian. Beliau meminta agar semua memberi kerjasama kepada pasukan-pasukan penyelamat bukan sahaja bomba, malah pasukan penyelamat yang lain agar memberi laluan dan tidak menggunakan laluan kecemasan.
sumber: http://www.bharian.com.my/node/168734
Pesalah trafik seperti ini boleh dikenakan dendan atau saman di bawah Road Traffic Rules 1957 (LN 166/59 Rules 9). Di sebabkan saya sudah sentuh berkenaan dengan saman. Mari kita kaji lebih terperinci mengenai saman yang dikeluarkan oleh trafik Polis Diraja Malaysia.
Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM:
1. Notis Saman POL. 170A
Saman yang di-isu samada secara pos atau diletak pada kenderaan (tiada diisu secara langsung kepada pesalah)
POL 170A - notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.
1.1 Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-
1.1.1 Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas -Sek. 79 (2) APJ 1987
1.1.2 Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya - Sek.16(1) LN 166/59
1.1.3 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan - Sek. 16(2) LN 166/59
1.1.4 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan-Sek. 16(2) LN 166/59
1.1.5 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan aliran trafik di jalan sehala. - Sek. 16(3) LN 166/59
1.1.6 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang atau selekoh jalan. - Sek.12 (2) LN 166/59
1.1.7 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(2) LN 166/59
1.1.8 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(3) LN 166/59
1.1.9 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, satu garisan bersambung dan satu garisan putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
1.1.10 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan, satu bersambung dan satu putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
1.1.11 Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut undang-undang/tidak mudah dicam/tidak disuarkan mengikut peruntukkan undang-undang. - Sek. 14(4) APJ 1987
1.1.12 Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. Sek. 20(1) APJ 1987
1.1.13 Salinan pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan atau ditempat duduk bagi motosikal.
2. Saman POL. 257
Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.
Apakah Itu Saman POL. 257
2.1 POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-
2.1.1 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna jalanraya yang ada bersama-sama pada masa kesalahan itu dilakukan
2.1.2 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.
2.1.3 Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari pengeluaran Notis POL.170A/170/171
Oleh itu, marilah sama-sama menjadi rakyat yang bertanggungjawab. Pesanan ringkas dari saya untuk semua dan untuk saya sendiri, berhati-hatilah di jalan raya. Memandu dengan cermat. Biar lambat asalkan selamat. Jika mengantuk, singgahlah di tempat persinggahan atau stesen minyak yang berdekatan. Jika tiada, berhentilah seketika dan teruskan perjalanan jika sudah kembali segar.
Itu sahaja pengisian saya pada kali ini. Nanti saya kupas lagi isu-isu semasa yang ada di dalam dan luar negara. Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment