Assalammualaikum w.b.t dan salam blogging semua,
Hari ini saya hendak berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana berkenaan satu badan kerajaan yang ditubuh khas untuk hak asasi manusia. Badan itu adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Pasti rakan-rakan diluar sana tidak pernah mendengar badan ini atau kurang mengetahui tentang fungsi badan ini. SUHAKAM ditubuhkan di Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM telah diadakan pada 24 April 2000.
Di bawah Akta 597 terdapat lima bahagian yang diutarakan, iaitu:
- Permulaan (Ringkasan dan permulaan kuat kuasa)
- Penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (antara isinya adalah fungsi dan kuasa suruhanjaya)
- Kuasa siasatan suruhanjaya
- Kakitangan suruhanjaya
- Am
Seksyen 2 Akta ini mentakrifkan "hak asasi manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan".
Fungsi SUHAKAM adalah seperti berikut:
- Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubungan dengan hak asasi manusia;
- Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan prosedur dan mengesyorkan langkah-langkah yang hendak diambil;
- Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
- Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Tambahan pula, seksyen 4 (4) Akta memperuntukkan bahawa perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR) setakat yang tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna bahawa apa sahaja hak-hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan
Fungsi kita sudah tahu, tetapi bagaimana pula kuasa SUHAKAM??
Akta ini memperuntukkan kuasa SUHAKAM untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan. Di bawah seksyen 4 (2), Suruhanjaya diberi kuasa untuk melakukan perkara berikut:
- Untuk menjalankan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
- Untuk menasihati pihak berkuasa Kerajaan dan / atau yang berkaitan mengenai aduan terhadap mereka dan mencadangkan langkah-langkah sesuai yang hendak diambil;
- Untuk mengkaji dan mengesahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia;
- Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
- Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak-hak asasi manusia apabila perlu
- Untuk menjalankan aktiviti yang sesuai yang perlu.
Untuk lebih jelas, bidang kerja yang dilakukan SUHAKAM adalah :
- Hak Untuk Kesihatan di Penjara
- Kematian Dalam Tahanan Polis
- Orang Asli
- Orang Kurang Upaya
- Warga Emas
- Perniagaan dan Hak Asasi Manusia
- Penyeludupan Manusia
- Pendidikan
Apabila saya melihat salah satu skop kerja yang dilakukan adalah berkenaan perniagaan dan hak asasi manusia, ingin saya sentuhkan satu perkara. Apabila kita kata hak kita sebagai pemegang kepentingan atau secara khususnya "PELANGGAN", yang terlintas di fikiran adalah hak mendapatkan harga yang berpatutan dengan kualiti yang baik. Tetapi!!! Sebagai pelanggan juga kita mempunyai hak untuk memastikan syarikat-syarikat pengeluaran produk dan perkhidmatan menjalankan aktiviti yang "Eco-Green". Hal ini adalah kerana ia merupakan keberlangsungan bumi dan generasi akan datang.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa syarikat-syarikat perkilangan ini sudah mula menjalankan aktiviti atau mencari solusi untuk memastikan produk keluaran mereka tidak mencemarkan alam sekitar. Sebagai contoh, Nike menggunakan botol plastik untuk mengeluarkan produk jersey mereka. Seperti yang kita sedia maklum, barangan berasaskan plastik adalah yang paling sukar untuk dilupuskan. Hanya kitar semula yang dapat mengurangkan pelupusan plastik. Selain itu, Tetrapack diproses untuk dijadikan bumbung. Aktiviti sebegini banyak membantu kepada kehijauan alam sekitar.
Back to the topic, pada pendapat saya, SUHAKAM hanyalah satu badan. Namun seandainya rakyat sendiri tidak mempraktikkan Hak Asasi Manusia itu sendiri, dan bertindak melakukan pelanggaran terhadap sehingga menyukarkan kehidupan orang lain, individu tersebut seharusnya didenda. Di negara yang mempunyai undang-undang, kita tidak boleh bertindak sesuka hati. Oleh itu, inilah fungsi SUHAKAM. Bersesuaian dengan visi dan misinya:
Visi
masyarakat di mana hak asasi manusia dihormati sepenuhnya dan dinikmati bersama oleh semua
Misi
Berusaha sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan untuk menggalakkan, melindungi dan memenuhi hak-hak asasi manusia untuk semua di Malaysia atas dasar kesaksamaan dan bukan diskriminasi, melalui:
i. Tindakan, pendidikan, pekerjaan dan pemberdayaan masyarakat
ii. Promosi pemahaman hak asasi manusia
iii. Integrasi hak asasi manusia ke dalam semua aspek kehidupan
No comments:
Post a Comment