Assalammualaikum w.b.t dan salam blogging,
Semalam saya sedang sibuk menolong ibu saya untuk juadah berbuka sambil mendengar radio saluran IKIM fm. Tiba-tiba saya terdengar sesuatu yang menarik perhatian saya.
PEMUDA PALESTIN DI LARANG SOLAT/MASUK KE MASJIDIL AQSA OLEH ISRAEL.
Apa yang menghairankan adalah, bagi pelancong luar termasuklah yang beragama Islam, tiada had umur untuk solat di masjid itu. Tetapi, mengapa diletakkan had umur bagi penduduk Palestin? Oleh itu, untuk sahkan lagi berita ini, saya cuba google dan setakat ini ternyata berita ini benar. (Rujukan: http://www.mirajnews.com/id/israel-larang-muslim-di-bawah-usia-50-tahun-shalat-jumat-di-alaqsa/53281)
Mungkin ini sesuatu yang sudah lama didengari. Malahan berita ini sememangnya terkenal. Namun apa yang mengejutkan adalah penetapan had umur tersebut. Pemuda Palestin bawah 50 tahun tidak dibenarkan solat dalam masjid suci itu. Malah diperketatkan kawalan di sekeliling masjid tersebut bagi memastikan tiada pemuda Palestin yang berjaya memasuki Masjidil Aqsa.
Semua berjantina lelaki dan beragama Islam yang sudah baligh, WAJIB menunaikan solat Jumaat. Jika di Malaysia, kita mempunyai banyak masjid yang cantik dan selesa. Namun, bagi pemuda Palestin mereka hanya mampu solat di jalanraya berdekatan dengan Masjidil Aqsa. Kadangkala terpaksa solat di jalan yang basah. Di mana hak mereka sebagai seorang Muslim yang ingin menjalankan kewajipan mereka?.
Perebutan antara Israel dan Islam sudah lama berlaku. Hal ini kerana, seperti yang kita tahu, Palestin terdapat Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama sebelum Kaabah. Umat Islam tidak mahu Masjidil Aqsa jatuh ke tangan Israel. Manakala Israel pula mengatakan di situ terdapatnya Kuil Zaman Kuno Terkemuka Yahudi iaitu Temple Kuil. Oleh itu, mereka ingin kembali kuil tersebut. Namun apa hak mereka untuk melarang Umat Islam solat? Pada pendapat saya, penetapan had umur dan larangan solat dalam masjid yang sudah terang lagi bersuluh kepunyaan Umat Islam, Rumah Allah, adalah tidak wajar. Seandainya mereka ingin kembali kuil tersebut, mereka masih tidak mempunyai hak melarang seseorang itu beribadah.
Mari sama-sama doakan agar Masjidil Aqsa bebas dari kawalan Israel. Seperti Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi, Masjidil Aqsa juga salah satu masjid yang membawa seribu kisah mengenai para Rasul, Nabi dan pahlawan-pahlawan Islam. Masjidil Aqsa juga kiblat pertama Umat Islam. Sesungguhnya kita hanya mampu berdoa dan berusaha, Allah jugalah yang menentukannya. Pray for Masjidil Aqsa, Pray for Palestin.
Post yang menarik. Terima kasih untuk pengetahuan ini atul :)
ReplyDeleteSama-sama dan terima kasih kembali :D
Delete