I see trees of green...red roses too
I see them bloom...for me and you
And I think to myself...what a wonderful world.
I see skies of blue...and clouds of white
The bright blessed day...the dark say good night
And I think to myself...what a wonderful world.
The colors of the rainbow...so pretty in the sky
Are also on the faces...of people going by
I see friends shaking hands...sayin' "how do you do?"
They're really sayin' "I love you"
I hear babies cryin'...I watch them grow
They'll learn much more...than I'll ever know
And I think to myself...what a wonderful world.
Yes I think to myself...what a wonderful world.
Assalammualaikum w.b.t pembuka kata...
Mungkin rakan-rakan tertanya-tanya...apa kaitan lagu ini dengan hak manusia??? Cuba rakan-rakan tengok video itu sampai habis. Apa makna "WONDERFUL WORLD" pada zaman sekarang?
Berita hari ini, (27 March 2016)
1. Serangan Brussels: Bangunan " Lapangan Terbang" stabil
http://www.bharian.com.my/node/137740
2. Tentera Syria tawan semula 3 penempatan
http://www.bharian.com.my/node/137778
3. Korea Utara serang Washington dalam video, ancam Seoul
http://www.bharian.com.my/node/137759
Semuanya berkenaan dengan PEPERANGAN... Jadi dimana terletaknya "WONDERFUL WORLD" seperti yang diperkatakan dalam lagu ini? Bukan niat saya mengkritik lagu ini...apa yang ingin saya sampaikan peperangan bukanlah satu jalan yang baik bagi menyelesaikan masalah.
Saya ingin imbas kembali peperangan di Palestin. Terutamanya di Gaza.
Konflik Israel-Arab sudah lama berlaku. Antara peperangan terbesar antara Arab dan Israel adalah Israel-Palestin, Israel-Gaza dan sebagainya. Jika dilihat dari sudut amnya, konflik ini berlaku adalah dasar perebutan kawasan tanah yang sama.
Pelbagai cara telah digunakan bagi menyelesaikan pertikaian ini, namun masih tidak menemui jalan penyelesaian, Konflik ini boleh dikatakan tercetus atas sebab-sebab berikut:
1. Status wilayah Israel, petempatan dan keselamatan Israel.
2. Pembahagian sumber alam.
3. Kawasan Palestin dan rumah penduduk Palestin dicerobohi.
Berikut adalah kronologi peperangan di Gaza:
- Pada 8 Julai 2014, Pasukan Pertahanan Israel melancarkan " Operasi Perlindungan Sempadan" di Genting Gaza.
- 7 minggu serangan udara Israel dan serangan balas roket Hamas menyebabkan lebih 2100 rakyat Palestin terbunuh dan rata-ratanya adalah penduduk awam.
- Serangan 7 operasi bertindak untuk menghentikan serangan udara Gaza ke Israel.
- Pada 17 Julai, operasi itu diperluaskan kepada serangan darat dengan tujuan memusnahkan sistem terowong Gaza.
- Sehingga 26 Ogos, IDF menganggarkan 4500 roket dan mortar dari Gaza, 20 000 tan letupan dijatuhkan di Gaza, dan 34 terowong di Gaza telah dimusnahkan.
- 26 Ogos, gencatan senjata tanpa penghujung diumumkan.
Akibatnya??? Impak terbesar adalah penduduk Gaza.

- 2000-2143 orang terkorban (495-578 orang terdiri daripada kanak-kanak)
- 10 895-11 100 orang cedera.
- 520 000 orang hilang tempat tinggal
- 485 000 orang memerlukan bantuan makanan segera.
- 273 000 orang berlindung di 90 buah sekolah
- 17 200 rumah musnah dan mengalami kerosakan teruk
- 37 650 rumah mengalami kerosakan tetapi masih boleh didiami.
Adakah ini yang kita mahukan? Peperangan orang dewasa tetapi kanak-kanak yang terkorban. Dimana hak mereka sebagai kanak-kanak? Di saat kanak-kanak negara lain memegang permainan perang, tetapi kanak-kanak dinegara ini memegang senjata yang sebenar. Melindungi diri dan orang tersayang. Bandingkan diri kita dengan mereka. Jiwa mereka kental dan itu membolehkan mereka melindungi negara mereka. Tetapi kita, leka dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti dadah, perhimpunan haram dan sebagainya.
Kita tidak pernah menghadapinya sebab itu perpaduan sukar dicapai berbanding dengan mereka yang sudah mengalaminya. Mereka menghargai setiap saat yang mereka ada.
HENTIKAN PEPERANGAN, INGATLAH ORANG TERSAYANG!!! MARI PASTIKAN "WONDERFUL WORLD" BENAR-BENAR BERLAKU!!!



