Dungun:
“Saya tidak boleh menerima kenyataan sesetengah pihak yang
mendakwa
anak saya bukan hilang tapi sengaja melarikan diri daripada
keluarga,”
kata Wan Zainuddin Wan Isa,56, bapa kepada Wan Syazlin,
19,
yang dilaporkan hilang sejak 5 Februari lalu.
Menurutnya,
dia yakin anak keempat daripada tujuh beradik itu tidak akan
melarikan
diri daripada keluarga dengan sengaja seperti dakwaan sesetengah
pihak.
“Saya
lebih mengenali anak saya dan dia tidak akan menghilangkan diri tanpa
sengaja.
“Saya
merayu kepada mana-mana pihak atau individu yang ada menemuinya
atau mengetahui lokasi
dia berada supaya dapat menghubungi kami sekeluarga.
“Sehingga
kini pelbagai usaha sudah saya lakukan antaranya solat hajat dan
bacaYasin
supaya anak pulang, namun semuanya usaha itu masih menemui
kegagalan,”katanya.
Wan
Syazlin yang menuntut di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) di
Kuantan,Pahang
sepatutnya pulang bercuti sempena cuti panjang Tahun Baru Cina pada
7 Februari lalu, selepas pihak pengurusan kolej memberikan cuti 10 hari kepada semua pelajar sempena perayaan itu.
“Orang
ramai yang mempunyai maklumat diminta supaya dapat menghubungi saya di
talian 013-9337670,” katanya.
Artikel
ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2016 @ 7:13 AM

Melihat artikel ini, tergerak hati saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan diluar sana. Ini yang dinamakan "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".
Hanya kerana kes sebegini pernah terjadi
dahulu, mengapa kita perlu menganggap orang lain sebegitu? Kita sebagai manusia
yang mempunyai perasaan perlu sama-sama ikhtiar membantu mereka yang memerlukan
bantuan bukan hanya pandai mengkritik.
Wan Syazlin binti Wan Zainudin
dilaporkan hilang pada 7 Februari lalu. Sehingga kini, pelajar POLISAS yang
berusia 19 tahun ini masih belum ditemui. Walaupun kita tidak mengetahui kisah
di sebalik kehilangan pelajar ini, kita sebagai manusia lebih-lebih lagi di
negara yang sama perlu memberi kerjasama seandainya menemui pelajar ini.
Hairan juga apabila sesetengah orang yang takut memberi kerjasama kerana takut disoal bermacam perkara oleh polis. PDRM hanya menjalankan tugas mereka bagi memudahkan kerja mereka mencari pelajar tersebut.
Bayangkanlah ia berlaku pada orang kita kenali dan orang di luar sana turut mengkritik seperti ini. Pasti hati kita sakit, bukan?. Oleh itu, jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia. Tolong-menolongkan amalan mulia. Ibnu Katsir pernah berkata dalam menafsirkan ayat (bermaksud):
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat
dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah: 2)
Mari sama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan
kita. Hari ini kita tolong mereka. Esok lusa, pasti akan ada yang menolong
kita. Nasihat bukan untuk rakan-rakan sahaja malah untuk diri saya juga.
Cantik, hodoh, miskin dan kaya,
Di dalam kubur tidak dibawa,
Tolong menolong itu amalan mulia,
Disayangi Tuhan, Disayangi semua.
No comments:
Post a Comment