
Menurut Kamus Dewan Melayu Sekular ialah berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Sekularisme pula bermaksud fahaman (doktrin, pendirian, dan sebagainya) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia. Secular adalah berasal daripada kata Latin saeculum yang membawa makna yang menunjukkan kepada masa dan tempat. Masa atau zaman yang dimaksudkan adalah merujuk kepada masa sekarang atau masa kini. Manakala tempat pula merujuk kepada dunia atau yang bersifat keduniaan. (Shopuan Anuar Ahmad 2003:77). Kesimpulannya MASYARAKAT SEKULAR = MASYARAKAT ATHEIS
Tapikan rakan-rakan, kenapa dikatakan menerima sekularisma ibarat menolak ajaran agama??? Ini jawapan kepada persoalan itu.
- Mereka mengatakan Sains adalah panduan hidup manusia. Sedangkan setiap agama mempunyai panduan hidup sendiri. Sebagai contoh, agama Islam. Segala perbuatan dan perkataan perlu dirujuk Al-Quran yang merupakan panduan hidup utama umat Islam. Begitu juga Hadith Nabi Muhammad S.A.W. Agama lain turut mempunyai kitab mereka sendiri seperti Kristian-Bible, Hindu-Veda dan sebagainya.
- Mereka mengatakan cara memperbaiki kehidupan adalah dengan cara kebendaan. Mereka adalah golongan atheis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Secara tidak langsung mereka tidak percaya pada qada dan qadar yang Allah tetapkan. Kalau umat Islam memperbaiki cara hidup mereka dengan doa dan usaha, tapi mereka sebaliknya. Oleh itu, wujud batasan kelas dan kasta.
- Matlamat menghalalkan segala cara. Alangkan niat tidak menghalalkan sebarang cara, bagaimana matlamat boleh menghalalkan segala cara?. Setiap negara mempunyai undang-undang dan setiap agama mempunyai hukum sendiri. Bagaimana dengan hanya mencipta matlamat boleh menghalalkan segala cara?. Jika perkara yang dilakukan adalah salah sama ada disisi undang-undang mahupun agama, ia tetap salah. Tiada apa yang boleh menghalalkan ia.
Apa tujuan sekularisme?? Semuanya hanya tertumpu kepada satu tujuan iaitu K.E.B.E.N.D.A.A.N. Mementingkan duniawi dari dunia selepas mati. Ini tujuannya secara terperinci.
- Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat Manusia.
- Hanya memperjuangkan kebendaan sahaja yang memberikan kehidupan yang sempurna
- Kebebasan diri dari terikat dengan apa-apa agama dan prinsip amat diperlukan dalam keharmonian masyarakat.
Indah cantik si rama-rama,
Memuji ciptaan yang Maha Esa,
Elak sekularisma, tegakkan agama,
Barulah hidup aman sentosa.

No comments:
Post a Comment