Sunday, 22 May 2016

PESANAN BUAT IBU MENGANDUNG

Assalammualaikum semua,

Entry kali ini adalah untuk peringatan kepada ibu-ibu mengandung di luar sana. Apa pown sebelum memulakan peringatan, saya nak ucapkan tahniah buat mereka. Pasti ini merupakan saat-saat paling gembira buat mereka.

    Hati saya tergerak nak baca BHonline. Saya perasan satu artikel mungkin berguna buat mereka yang tengah mengandung. Saya pasti ada yang telah membacanya memandangkan berita ini dikeluarkan pada 11 May 2016. Ia berkenaan asid folik yang diambil oleh semua ibu-ibu mengandung.

Bagi yang belum berumahtangga, pasti kurang mengetahui berkenaan dengan ASID FOLIK. Saya akan terangkan serba sedikit mengenainya.

1. Apakah asid folik?
    Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis serta ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

          Mengikut artikel babycenter (www.babycenter.com.my), asid folik melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan sistem sarafnya seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melindungi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Hal ini boleh menyebabkan kecacatan kekal.

Namun!!! Artikel 11 May 2016 menyatakan perkara yang sangat mengejutkan. Ia adalah berkenaan ini:

Terlebih Asid Folik Tingkatkan Risiko Autisme

MIAMI: Wanita mengandung disaran supaya mengambil suplemen vitamin dengan asid folik untuk mencegah kecacatan kelahiran namun kajian baharu, hari ini mencadangkan terlalu banyak asid itu meningkatkan risiko autisme.

Penemuan itu dibentangkan dalam satu persidangan di Baltimore, Maryland dan masih belum diterbitkan atau diteliti pakar lain, justeru penyelidik di Fakulti Kesihatan Awam John Hopkins Bloomberg mengingatkan hasil kajian itu ditafsirkan secara berhati-hati.

"Ini mungkin kes mengambil terlalu banyak suplemen," kata penulis utama, Ramkripa Raghavan, seorang penyelidik di fakulti itu.

"Kita maklumkan wanita patut ambil asid folik awal ketika mengandung. Sekarang kita perlu menentukan sama ada perlu menetapkan cadangan dos optimum suplemen ini sepanjang mengandung." AFP


                                             Hanya Gambar Hiasan.

Apa yang ingin saya sampaikan berdasarkan BHonline. Yang paling penting adalah, makanlah asid folik mengikut sukatan yang ditentukan oleh pakar. Sesungguhnya mereka lebih arif mengenai ini.

Apapun bagi para ibu-ibu yang bakal melahirkan anak, tahniah diucapkan. Sayangilah anak anda dan berilah didikan yang baik. Luangkanlah masa bersama mereka agar mereka tidak rasa tersisih. Sekian sahaja entry saya kali ini. Lain kali saya akan kupaskan cerita yang lebih menarik lagi.

Sekian, wasalam.


No comments:

Post a Comment