Sunday, 8 May 2016

M.O.T.H.E.R

Mother? Ibu? Emak? Mama?...whatever...apa pun panggilannya, yang pasti mereka adalah insan yang sanggup bersabar mengandung, melahirkan dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang.

Sebelum berbicara lanjut, Assalammualaikum w.b.t pembuka bicara pada hari ini.




Rakan-rakan di luar sana sambut tak hari ibu? Hari Ibu merupakan hari kita memperingati jasa ibu kita. Bukanlah bermaksud kita tidak menghargainya pada hari lain, TETAPI...dengan adanya Hari Ibu, ia akan membantu mengingatkan kita bahawa ibu senantiasa berada di sisi kita tatkala susah dan senang. Hari-hari kita sentiasa sibuk mencari nafkah bagi membolehkan keluarga kita cukup makan dan pakai. Oleh itu, hari ibu inilah kita patut luangkan masa bersama mereka.

        Hari Ibu boleh disambut dengan pelbagai cara. Tidak semestinya dengan hadiah. Bagi ibunya sudah kembali ke Rahmatullah, sedekahkan yasin dan Al-fatihah buat beliau. Bagi yang beragama lain, pasti ada doa mereka sendiri. Bayangkan betapa susahnya ibu kita mengandungkan kita selama 9 bulan. Dilahirkan dan "ditatang bagai minyak yang penuh" sehingga ada yang sekarang ini sudah berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan.

Walaupun begitu, pada zaman yang serba moden dan canggih ini, makin banyak pula cerita "Si Tanggang". Hendak tahu lebih lanjut?. Lihat gambar di bawah.

Pasti ramai yang tahu cerita Si Tanggang yang menderhaka pada ibunya setelah berkawan dengan puteri Sultan. Si Tanggang tidak mahu mengaku Deruma adalah ibunya kerana ibunya miskin dan berpakaian lusuh. Tak cukupkah akibat perbuatan Si Tanggang itu untuk kita pelajari? Kenapa mesti ada Si Tanggang kedua?Ketiga?. Tahun ini Hari Ibu jatuh pada 8 MEI 2016. Luangkan masa bersama mereka sudah membuat mereka gembira. 

Ha...Kalau tidak ada video, tidak sah...Saya buat sendiri tapi tidaklah sebagus mana...Cukup untuk peringatan kepada mereka di luar sana dan saya sendiri juga.

BUAT HAJAH KAMAYAH BINTI SAMAD,
SELAMAT HARI IBU!!!
TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN DAN MENJAGA ANAKMU YANG NAKAL INI!!
SAYANG EMAK!!!
SELAMAT HARI IBU BUAT ALONG, KAK NGAH DAN ALANG JUGA!!!


-ditatang bagai minyak yang penuh = anak yang sangat dikasihi dan dijaga dengan sempurna

Sekian,

Jumpa lagi.


2 comments: