Monday, 7 March 2016

Hak Asasi Manusia??

Sedarkah saudara-saudari, sebagai manusia saudara-saudari diluar sana mempunyai hak masing-masing? Apakah yang dimaksudkan dengan hak asasi manusia?

Mari kita kaji!!!

Di bawah ini akan dijelaskan pengertian hak asasi manusia dari beberapa ahli akademik, iaitu:


Haar Tilar - Hak Asasi Manusia (HAM) ialah hak-hak yang melekat pada diri setiap insan dan tanpa memiliki hak-hak itu maka setiap insan yang tidak memiliki hak-hak tersebut akan sukar. Hak tersebut telah menjadi milik mereka sejak lahir ke dunia lagi.


John Locke - Menjelaskan bahawa HAM ialah hak-hak yang dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia. Oleh itu, tidak ada kekuatan yang mampu menghalang seseorang itu dari haknya. HAM ini bersifat 'fundamental' atau mendasar bagi kehidupan manusia.


A.J.M Milne - HAM adalah hak yang dimiliki oleh semua umat manusia tidak kira masa atau tempat kerana kewujudannya sebagai manusia.


Berdasarkan pengertian-pengertian di atas, jelas terbukti hak manusia wujud sewaktu kita lahir di muka bumi ini. Tiada siapa boleh pisahkan manusia dari haknya. Ada pelbagai jenis hak yang mungkin tidak diketahui malah tidak disedari saudara-saudari. Jika saudara-saudari ingin mengetahui hak-hak tersebut, perlu tunggu arktikel yang akan datang.


Salam Ukhwah dari Saya, Atul Muhamad,




4 comments:

  1. Wahhh ! Isi kandungan yang menarik ! Berguna untuk exam nanti ! Terima kasih atul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Leha. Ilmu yang didapati patut dikongsi bersama. Barulah ilmu diberkati.:D

      Delete
  2. isi kandungan yang sangat bagus dan blog ini sangat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. kunjunglah lagi blog ini. Berikan pendapat dan kritikan. Saya terima dengan gembira dan akan cuba perbaiki lagi selepas ini.

      Delete